10 tip pengurusan kewangan
1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan
Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.
Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding
kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.
Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.
Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.
2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)
Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul. Syarat untuk melaksakannya perlu tiga pekara
i. Masa
ii. Nafsu
iii. Kemahuan
3. Lunaskan hutang kad kredit
Menurut laporan dari Agensi Penasihat Kaunseling kewangan (AKPK), majoriti golongan muda berhutang akibat gagal dan muflis adalah akibat penyalahgunaan kad kredit. Masalah orang kita adalah pandai pinjam tapi....tak pandai bayar balik. Bagi penulis, tidak salah ada kad kredit, tapi kenelah ukur baju badan sendiri. Rasa diri tak disiplin dan tak mampu jangan pakai, membunuh diri itu.
4. Mencarum dalam pelan persaraan
Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja. Kebiasaannya melalui pelan polisi yang ditawarkan oleh pengendali-pengendali takaful dan Unit Amanah selain daripada ASB.
5. Menabung
Anda bercita-cita menjadi jutawn satu hari nantikenapa tidak? dengan menyimpan RM 100 sebulan didalam instrumen kewangan yang memberikan pulangan tahunan 8%, (ASB dan Unit Amanah) anda mampu menjdi jutawan. Syaratnya anda perlu konsisten menyimpan dan mula menyimpan daru usia 18 tahun!. Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.
6. Melabur!
Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan. Contoh pelaburan yang bijak adalah dengan membeli hartanah
7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja
Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.
8. Semak liputan insurans/ takaful
Ramai orang membeli insurans/ takaful dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia cukup atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.
9. Kemas kini wasiat
Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.
10. Simpan rekod kewangan dengan baik
Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu. Anda juga akan tertanya-tanya kemanakah hilangnya duit aku?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan